Spin Off (EP)

Spin Off (digayakan sebagai SPIN OFF) adalah album mini (EP) kelima oleh kumpulan lelaki Korea Selatan, ONF. Album ini dikeluarkan pada 10 Ogos 2020 oleh WM Entertainment dan diedarkan oleh Stone Music Entertainment. Album mini ini mengandungi tujuh buah lagu dengan single utama "Sukhumvit Swimming" dan "New World - SPIN OFF Version," lagu asal yang digunakan untuk persembahan terakhir mereka di Road to Kingdom. Album mini kelima ONF terjual 17,680 salinan pada tarikh pelancarannya, hampir dua kali ganda jumlah penjualan dari album mini mereka yang sebelumnya Go Live.[1] Spin Off mencapai nombor 3 di weekly Gaon Album Chart.[2]. Single utama mereka "Sukhumvit Swimming" mencapai nombor 102 di Gaon Digital Chart.[3] Pada 15 Januari 2021, "MV Sukhumvit Swimming" mencapai 10 juta tontonan di YouTube, menjadikannya MV pertama ONF yang mencapai kejayaan itu.

Rujukan

WikiPedia: Spin Off (EP) http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... https://hanteonews.com/en/article/chart?fc=11239 https://entertain.naver.com/now/read?oid=609&aid=0... https://n.news.naver.com/entertain/article/052/000... https://n.news.naver.com/entertain/article/241/000... https://www.youtube.com/watch?v=4gM5iabo6T8 https://www.youtube.com/watch?v=E7NJrjfGX_M&ab_cha... https://www.youtube.com/watch?v=VaJSit-8em0 https://www.youtube.com/watch?v=dtZZVPb36J0